Saya kembara lagi, tak jauh. Dari Melaka pulang ke kampus di Gombak. Tambah tolak, lebih kurang 4 jam saya kelana seorang diri. Sekejap saya alih pandangan. Nampak pula pohon merimbun yang berselang dengan bangunan besar menjulang. Senyum, pandangan yang buat saya bahagia :)
Langsung, saya sibuk berfikir tentang dunia. Tentang dunia yang makin tua, yang makin bahaya. Ke mana aja, di mana jua...banyak masalah berlaku. Terasa terancam aja bila kaki mula mengorak langkah ke dunia masyarakat kita.

Musim Aidilfitri ini dah membuktikan di depan mata saya. Duduk berziarah, saya akur yang kita kena berhadapan dengan pelbagai macam jenis manusia.
Yang menyentap telinga saya adalah sewaktu 'amalan lama' terus merias bibir manusia-manusia di hadapan saya. Mereka masih dengan habit lama rupanya. Mak aih! Mengata, mengumpat orang lain. Tarbiah Ramadhan tak menampakkan hasilnya.
Saya malu sendiri. Dihimpit dengan satu pandangan yang buat saya sakit. Jika saya mampu nak berkata, sudah pasti saya suruh mereka diam. Duduk diam-diam...atau cakaplah perkara yang mendatangkan ketenangan dan kasih sayang.
Mereka yang saya kenal, bercakap dan mengumpat orang-orang yang saya kenal. Saya pula yang jadi malu. Saya dah ketahui keburukan orang. Ah, bagaimana saya nak mendepani orang yang diumpat tu nanti. Saya dah ada skema sendiri di kepala. Skema yang buruk pula tu. Aduhai..
Banyak topik yang boleh dibicara, kan? Ceritalah tentang buat kuih ke. Bagaimana nak menjahit langsir ke. Tentang masa depan anak-anak ke...atau kongsi ilmu nak jadi puan-puan yang solehah ke..ini tak, dok longgok-longgok mengeji dan mengumpat.
[puan?? iya, puan-puan yang sinonim dengan 'budaya' ini. Dan, saya hadapi fenomena ini sekian kali, dari semenjak dulu]
Saya lihat satu usaha yang perlu di masa depan, untuk tarbiah mereka-mereka yang saya kenali. Bukan nak mereka jadi 'superb' dalam tiap perkara, namun cegahan amat perlu untuk kesatuan sesama Muslim.
Bagaimanalah nak hidup aman damai jika asyik mengata dan berbicara tentang keburukan orang lain. Hati pasti takkan rasa tenteram. Diri akan rasa orang lain merbahaya dan tak selamat lagi. Orang lain banyak salahnya. Rasa diri sentiasa terancam.
[Ancaman itu dicari sendiri. Macam mencari dosa. Mencari dosa dengan memburuk dan berfikir buruk tentang orang lain]
Minda mungkin menipu kita. Kita tak rasa bersalah sebab mengata orang. Iya, kita dibisikkan bahawa dosa yang sedikit bisa diampunkan Tuhan. Kita dipujuk membuat dosa dan 'dijamin' takkan berdosa sebab kita dah banyak buat pahala.
Itu semata talbish syaitan. Dan, dari dalam hati kita yang memang 'sakit'
Inilah dunia kita sekarang. Dunia yang makin terancam, Jangan kata kes rogol, kes umpat keji pun dah boleh menjarakkan hubungan dan mendatangakn dosa. Kita masih 'tidur' rupanya. Tak sedar diri berdosa. Inilah yang bahaya. Sangat bahaya.
Banyakkan muhasabah. Hisab diri. Ingat mati. Jangan terlalu seronok dengan buaian dunia yang makin tinggi. Sebab, makin ia tinggi, makin ia menjanjikan bahaya buat diri sendiri. Peringatan untuk diri saya juga.
Semoga anda semua dilindungi Allah. Dipermudahkan segala urusan dunia, dan masih bersungguh dengan amalan untuk akhirat. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment